Sunday, March 29, 2009

HARI JADI MAK MERTUA


Nafiz Rai birthday mak tok


Bersama mak mertua tersayang

27.03.09-Esok birthday Mak Mertua aku..mak mah..Disebabkan esok tak dak masa nak sambut,anak menantu pakat sibuk,kami raikan malam ni jugak..Bawak mak pi beli hadiah..Senang ja..pilih apa yang mak nak..Selesai beli hadiah,kami sekeluarga pi menjamu selera... Selamat Hari Jadi Mak..Semoga sihat selalu,dan sentiasa hidup dalam keberkatanNya.Amin..

TAHNIAH!


Wajah ceria bakal Johan Hafazan Peringkat Daerah KMY


Adik Muhd Qusyairi menerima hadiah daripada
Tn Hj Ismail b Shaidan (Pegawai Pelajaran daerah KMY)

28.03.09-Tahniah kepada Adi Muhd Qusyairi b Mohd Azman,pelajar Tahun 6 Sekolah Keb Bandar Baru Sg Lalang kerana telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Hafazan dlm Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Yan.

Friday, March 27, 2009

Rajin Anakku Rajin...


Nafiz tengah buat 'homework'..

Balik sekolah katanya:"Ummi,Teacher bagi two books!".Fahamlah kita..maknanya ada la kerja rumah yang kena dibereskan tu!
Alhamdullilah..setakat ni nampak tu rajin lagi la dok buat kerja rumah..Harapan Abi & Ummi..kekal macam ni sampai besar tau!!!Nama pun Nafiz kan!!!Semua nak buat..Kalau tak sempurna kerja buat dia..Mula nak bebai..Ummi nak tolong tak bagi..Nafiz!Nafiz!

Gotong-Royong Bilik j-QAF

Jumaat(27.03.09)-Ahli Jawatankuasa j-QAF SKBBSL telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersih Bilik j-QAF yang sudah agak lama tidak dibersihkan.Alhamdulillah..walaupun kerja tak dapat diselesaikan sepenuhnya,kami AJK berpuashati.Semangat setiakawan yang sebeginilah yang diharapkan hingga akhirnya.Terima kasih kepada semua yang hadir..Yang tak hadir tu...sendiri mau fikir no!!!!

FINAL TOUCH MESY PIBG KALI KE 9,2009




26.03.09-Jam 1.00 pm,Guru Besar Pn rohimah bt Tujin telah mempengerusikan Mesyuarat Final Touch Mesyuarat PIBG Kali ke-9,2009 yang akan diadakan pada:

Hari:Khamis
Tarikh:02 April 2009
Dirasmikan Oleh:Yang Berbahagia Tn Hj Alimuddin bin Hj Mad Dom,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Segala persiapan masih dalam proses.Semoga Majlis akan berjalan lancar.

Wednesday, March 18, 2009

Mesyuarat Pameran "Hari Bersama Pelanggan"

17.03.09-Semalam dapat mesej dari Pengerusi j-QAF,ustaz Amir meminta semua JK j-QAF Daerah KMY menghadiri satu mesyuarat tergempar..Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Jamal Abdullah Nasir.Beliau memaklumkan bahawa pada 21&22 Mac ni akan diadakan satu pameran "Hari Bersama Pelanggan" yang akan diadakan di Tapak Pesta Taman Ria Jaya.
Kami telah ditugaskan untuk menyediakan bahan2 yang perlu untuk dipamerkan di pameran tersebut mewakili Sektor Pembangunan Pen Islam,JPN Kedah.Memandangkan kekangan masa yang tidak mengizinkan,aku bersama Makcik Shatirah dan Faezah bersepakat untuk menyelesaikan tugas yang diberikan pada hari ini juga.Setelah mendapat gambar-gambar yang berkaitan untuk dipamerkan dari Ustaz Alang(pengantin baru),kami terus ke kedai gambar(cuci gambar).Sambil menunggu gambar dicuci,kami ke CAMPAP untuk membeli keperluan lain.Selesai disitu,kami bersepakat untuk melaksanakan kerja tersebut di SK Khir Johari.Alhamdullilah,tepat jam 4 petang,kerja kami selesai.Aku bawa balik bahan ke rumah untuk disempurnakan sedikit lagi.Esok siap bahan aku nak pi serah kat Ustazah Shatirah di Tikam Batu.

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA(SAJIDAH)

17.03.09-Telah berlangsung majlis perkahwinan anak saudara Sajidah dengan pasangannya(ogre kelate).Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Tahniah..Ngah doakan semoga berbahgia hingga akhirnya...Maaf la Ngah tak boleh ikut pi walimah kat kelantan.

Wednesday, March 11, 2009

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN ZON 1 KMY/ 2009







Hari:Selasa
Tarikh:10 Mac 2009
Tempat:SK Sri Aman,Bedong,Kedah.

Antara kemenangan yang diperolehi:
Kompang Selawat-Tempat ketiga
Tilawah Al-Quran(p)-Tempat Ketiga
Hafazan(L)-Naib Johan
Kuiz-Tempat Ketiga

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya,yang gagal,kita usaha lagi untuk tahun depan!

Monday, March 9, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ZUL FADZLI




07.03.09-Kami sekeluarga telah mengadakan majlis pertunangan adik ipar bongsu di teratak sebelah perempuan di Kuala Perlis.Tahniah...jgn tangguh lama2.Kami semua lapar nasi kenduri dah ni..

KEM BESTARI SOLAT THN 4&5(FASA 1/09)

Sabtu(07.03.09)-Untuk murid tahun 4&5,KBS telah berjaya dilaksanakan pada yang telah ditetapkan.KBS kali ini telah dijayakan oleh GPI dibantu guru2 sesi pagi yang lain.Tahniah dan syabas kepada yang bersungguh-sungguh menjayakan kem kali ini.Fokus kem kali ini ialah Syarat Wajib & Sah Solat,Azan,Iqamah,Tayammum dan bacaan2 dalam solat.Semoga semua murid dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kem kali untuk urusan ibadah seharian.