Friday, March 26, 2010

Kem Bestari Solat Fasa 1 Tahun 2

Jumaat/26 Mac 10-Unit KBS telah melaksanakan kem kali ke 2 bagi Tahun 2010 untuk Fasa 1 bagi murid-murid Tahun 2. Kem bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.Fasilitator kem kali ini terdiri daripada semua GPI dan dibantu oleh seramai 50 orang Murid Turus dari Tahun 6&5.Perjalanan kem berjalan lancar seperti biasa.

Thursday, March 4, 2010

Sambutan Cukup Meriah!

Hari ini Khamis (4 Mac 2010)-SKBBSL telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H dengan meriah sekali.Lihatlah wajah-wajah ceria anak-anak didik sekolah kami...



Saturday, February 20, 2010

Kem Bestari Solat Tahun 1,Fasa 1





20 Feb 2010(Sabtu)-Tiba di sekolah pagi tadi,teruja sungguh melihat wajah anak2 Tahun 1 menghadiri kem.Mungkin ini pengalaman pertama buat mereka semua.Terima kasih atas kerjasama semua ibubapa yang menghantar anak-anak sejak 7.15 pagi lagi.Rasanya, kalau diikutkan tak mahu balik ibubapa mereka,nak tunggu anak sampai balik petang nanti. Tetapi atas kreativiti JK,jam 8, semua waris 'clear'.

Aktiviti dimulakan dengan Riadhah Mawaddah kelolaan Ustaz Khairul Anwar.Tepat 8.30 pg, aktiviti LDK dimulakan.Kem kali ini ada kelainannya,semua guru fasilitator dibantu oleh Murid-murid Tahun 6 (murid turus) iaitu seramai 24 orang. Alhamdulillah,strategi kem kali ini amat memberansangkan. InsyaAllah, kem yang bakal menyusul untuk murid Tahun 2&3 juga akan menggunakan khidmat murid-murid Tahun 6 yang lain pula. Pada saya, pendedahan seperti ini perlu kita terapkan kepada semua murid-murid 'Turus' agar apa yang telah mereka pelajari selama ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti kem berakhir pada jam 1.00 tgh. Terima kasih kepada semua yang terlibat,terutamanya Pn Setiausaha (Rabeatul Adawiyah) atas pengurusan kem yang cemerlang .

Friday, February 5, 2010

KULIAH TAFSIR


Jumaat (05.02.10)-Kuliah anjuran Panitia Pendidikan Islam SKBBSL telah diadakan bermula pagi ini dengan jayanya.Kuliah ini telah dikendalikan oleh Ustaz Zulkifli
(Peg Agama PERWAJA).Alhamdulillah,kuliah ini mendapat sambutan positif daripada guru-guru terutamanya guru wanita.SYABAS..Mengikut perancangan,kuliah ini akan diadakan sebulan sekali sahaja.Semoga usaha murni ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua.