Friday, January 23, 2009
FORUM j-QAF KOHOT 2009
22 JAN,Aku telah dijemput oleh pihak IPSAH untuk mengendalikan forum bersama guru-guru j-QAF Kohot 2099. Selain aku,Ustaz Amir b Nason,Ustzh Shatirah bt Wahab,Ustzh Rahayu dan Ustzh Faezah bt Zakaria.Tujuan forum ini dibuat adalah kerana kami sebagai generasi pertama j-QAF berkongsi pengalaman dan idea untuk mereka memulakan tugas di sekolah masing-masing bermula 01.01.09 ini.Dari raut wajah guru-guru,aku yakin ,mereka begitu bersemangat dan sgt teruja untuk melihat realiti yang perlu mereka hadapi.Semoga semua guru akan berusaha sedaya mungkin mendidik anak-anak Islam kita demi masa depan mereka..Tahniah kepada semua.
Labels:
j-QAF
Wednesday, January 14, 2009
Keluarga Bahagia
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semulaKeluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagiaAyah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
Labels:
ILMIAH
Wednesday, January 7, 2009
Selamat Hari Lahir Ke 31...
03.01.09..Selamat Hari LAhir ke 31 buat suamiku tersayang..alhamdulillah..usiamu masih dipanjangkan..Amin.Doa Nafiz dan Ummi moga Abi akan sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam penuh kerahmatan..Amin..Semoga hadiah tak seberapa itu dapat menceriakan hari lahir Abi..
Labels:
USRATI
Subscribe to:
Posts (Atom)