Sunday, November 29, 2009

Muzium





Kebetulan ada kat KL,ajak Abi & Nafiz ke Muzium yang tak pernah ada peluang ke sana. Penulis pun pi masa kecik-kecik dulu ja..masa kami sekeluarga menetap di Sg Buluh..mai muzium ni teringat arwah Ayah Id..dia yang bawa kami sekeluarga ke sini..Nafiz seronok sakan..kebetulan time ni ada aktiviti 'Permainan Tradisional'..dapat la Nafiz try kasut tempurung ,permainan ummi ngan abi dia dulu-dulu...

Malam Tautan Kasih Grimis 2009




Kami sekeluarga bertolak ke KL pada pagi Sabtu-7.00 pg (dr Grik,rumah adik ipar) untuk menghadiri program Malam Tautan Kasih anjuran K.Nik Haslina (advisor Grimis-Matrik UIA).Semua yg berkumpul bermula dr batch abang Ja (1995-1996) hingga ke batch 2007-2008. Penulis sendiri adalah dr batch 1996-1997.Walaupun ramai yang tidak dpt menghadirkan diri,kami yang hadir tetap seronok kerana dapat jugak berjumpa dengan kawan-kawan lama yang dah terpisah sejak 2002 lagi.Kumpulan In-Team & Saujana(yg sebilangan anggota Grimis) dijemput bagi memeriahkan lagi program pada malam itu.Selain menjamu selera,masing-masing pakat dpt hadiah yang disediakan oleh k.Nik dan crew2nya.Terima kasih buat K.Nik sekeluarga yang tlh bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.Semoga Tautan Kasih di antara kita semua kan terus berkekalan...

Wednesday, November 25, 2009

Tahniah UPSR 2009


Tahniah kepada semua murid-murid Tahun 6 SK Bandar Baru Sg Lalang yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu.Untuk tahun ini murid yang mencapai keputusan 5A adalah seramai 36 orang..Tahniah!!Tahun depan,tak sabar menanti anak-anak j-QAF nak peksa pulak..sekejap aja masa berlalu..

Friday, November 13, 2009

Final Touch Mahrajan j-QAF Tahun 2009







13 Nov 2009-Petang tadi, bersama-sama rakan yang lain, sekali lagi berkumpul di SMK Gurun untuk kerja2 akhir.Selain kami urusetia,Cikgu Shaari (GB Sg layar),Ustaz Jamal,Ustaz Jamaludin dan Ustaz Ayob juga turun padang..Tengok saja la gambar di atas tu..yg panjat tangga tu,bukan ustaz j-QAF no! itu la Guru Besar j-QAF kami -Cikgu Shaari yang begitu gigih bersama kami menyiapkan latar pentas.."Maaf Cikgu Shaari no!Saya pulak yang bagi arahan kat cikgu dari bawah..terbalik kuang". Kerja kami petang tu berlanjutan hingga ke Maghrib.

Kejohanan Olahraga SK Bandar Baru Sg Lalang













12 Nov 2009-Semalam berlangsung Kejohanan Olahraga SK Bandar Sg Lalang.Walaupun tak sempat hingga ke akhir kejohanan,sempat juga mengambil beberapa keping gambar buat kenangan 2009.Lebih kurang jam 10,bergegas ke SK Sg Pasir untuk tugasan akhir persiapan Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Kedah yg akan diadakan di SMK Gurun pada 14 Nov 2009 (Sabtu) ini.
Jam 2.30 ptg pula kami barisan urusetia berkumpul di SMK Gurun untuk persiapan tempat.Sedang asyik dok buat kerja,dpt sms dari rakan sekolah menyatakan rumah sukan kami (Syahbandar-Biru) menjadi Johan untuk Perbarisan & Juara Keseluruhan.Alhamdulillah....tahniah kepada semua Kontinjen Syahbandar ,yang membawa motto 3Snya "Syahbandar Satu Semangat".
Kerja kami di SMK Gurun selesai pada jam 6.00 ptg dan akan disambung pada keesokan harinya.

Sunday, November 8, 2009

Akrab









08.11.09-Hari ini telah berlangsung acara penyampaian hadiah bagi aktiviti Kem Bestari Solat,Kem Literasi Al-Quran,Baahasa Arab dan Pertandingan Menghias Kelas Aidilfitri.Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pn Guru Besar(Pn Rohimah bt Tujin).
Sejurus selepas itu, acara saringan untuk Kejohanan Olahraga SKBBSL.Bermula jam 8.00 pagi,aktiviti berlangsung..semua guru dan murid begitu teruja dengan rumah sukan masing-masing...
Selesai di padang,semua guru berkumpul untuk aktiviti 'berkelah'..bukan berkelah tepi laut tapi di makmal sains..masing2 pakat2 masak..makan sama2..ada yang masak pulut,buat laksa,bawak ikan pekasam,kuih tepung talam,nasi impit kuah kacang..macam2 ada..seronok sangat..ini sajalah caranya untuk mengeratkan ukhwah di antara kami guru2..Yang seronok lagi,guru besar (Pn Rohimah) pun join jugak..beliau tak ketinggalan bawak pulut ikan kering....Dah kenyang makan,lebih boleh 'tapau' lagi..Nanti kita buat 'berkelah' lagi no!!!!

Wednesday, November 4, 2009

Universiti Kuala Lumpur (UniKL)


Ruangan baru ini akan memberi informasi berkaitan UniKL kepada semua, terutamanya bagi lepasan SPM dan sijil sijil berkaitan tentang peluang pendidikan ditawarkan oleh UniKL, anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Para pengunjung berpeluang mengenali kampus-kampus UniKL seluruh negara seperti:

  • UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT)
  • UniKL Institute of Product Design & Manufacturing (UniKL IPROM)
  • UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI)
  • UniKL British Malaysian Institute (UniKL BMI)
  • UniKL Malaysia France Institute (UniKL MFI)
  • UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET)
  • UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)
  • UniKL Royal College Medicine of Perak (UniKL RCMP)
  • UniKL Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)
  • UniKL Malaysian Institute of Industrial Engineering Technology (UniKL MITEC)
  • UniKL Malaysian Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH)
Sebarang Pertanyaan sila hubungi 019-4766033 (Azwan Huzaimi)
Layari www.unikl.edu.my

"Where Knowledge is Applied"

Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Kuala Muda Yan Tahun 2009






03 Okt 09-Semalam telah berlangsung Mahrajan j-QAF Peringkat Derah Kuala Muda Yan bertempat di SK Jeniang.Alhamdulillah,aturcara majlis berjalan lancar mengikut perancangan.Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana tidak jemu menerima kehadiran kami berprogram di sana.Persiapan rapi pihak sekolah adalah menjadi tonggak utama kejayaan program ini."Terima kasih daun keladi,Tahun depan kami nak kacau lagi..".Tahniah kepada sekolah yang berjaya..yang tidak,jgn putus asa..tahun depan kita usaha lagi.Yang pasti...sebenarnya semua guru yang dah bertungkus-lumus adalah JUARA...tak semua yang sanggup berkorban masa dan keringat untuk melatih anak-anak murid kita...Semoga Allah merahmati kita semua.
Kita doakan untuk peringkat negeri nanti,kejuaraan daerah Kuala Muda Yan dapat dikekalkan.