Showing posts with label MADRASATI. Show all posts
Showing posts with label MADRASATI. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Sambutan Cukup Meriah!

Hari ini Khamis (4 Mac 2010)-SKBBSL telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H dengan meriah sekali.Lihatlah wajah-wajah ceria anak-anak didik sekolah kami...



Friday, February 5, 2010

KULIAH TAFSIR


Jumaat (05.02.10)-Kuliah anjuran Panitia Pendidikan Islam SKBBSL telah diadakan bermula pagi ini dengan jayanya.Kuliah ini telah dikendalikan oleh Ustaz Zulkifli
(Peg Agama PERWAJA).Alhamdulillah,kuliah ini mendapat sambutan positif daripada guru-guru terutamanya guru wanita.SYABAS..Mengikut perancangan,kuliah ini akan diadakan sebulan sekali sahaja.Semoga usaha murni ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua.

Wednesday, November 25, 2009

Tahniah UPSR 2009


Tahniah kepada semua murid-murid Tahun 6 SK Bandar Baru Sg Lalang yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu.Untuk tahun ini murid yang mencapai keputusan 5A adalah seramai 36 orang..Tahniah!!Tahun depan,tak sabar menanti anak-anak j-QAF nak peksa pulak..sekejap aja masa berlalu..

Friday, November 13, 2009

Kejohanan Olahraga SK Bandar Baru Sg Lalang













12 Nov 2009-Semalam berlangsung Kejohanan Olahraga SK Bandar Sg Lalang.Walaupun tak sempat hingga ke akhir kejohanan,sempat juga mengambil beberapa keping gambar buat kenangan 2009.Lebih kurang jam 10,bergegas ke SK Sg Pasir untuk tugasan akhir persiapan Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Kedah yg akan diadakan di SMK Gurun pada 14 Nov 2009 (Sabtu) ini.
Jam 2.30 ptg pula kami barisan urusetia berkumpul di SMK Gurun untuk persiapan tempat.Sedang asyik dok buat kerja,dpt sms dari rakan sekolah menyatakan rumah sukan kami (Syahbandar-Biru) menjadi Johan untuk Perbarisan & Juara Keseluruhan.Alhamdulillah....tahniah kepada semua Kontinjen Syahbandar ,yang membawa motto 3Snya "Syahbandar Satu Semangat".
Kerja kami di SMK Gurun selesai pada jam 6.00 ptg dan akan disambung pada keesokan harinya.

Sunday, November 8, 2009

Akrab









08.11.09-Hari ini telah berlangsung acara penyampaian hadiah bagi aktiviti Kem Bestari Solat,Kem Literasi Al-Quran,Baahasa Arab dan Pertandingan Menghias Kelas Aidilfitri.Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pn Guru Besar(Pn Rohimah bt Tujin).
Sejurus selepas itu, acara saringan untuk Kejohanan Olahraga SKBBSL.Bermula jam 8.00 pagi,aktiviti berlangsung..semua guru dan murid begitu teruja dengan rumah sukan masing-masing...
Selesai di padang,semua guru berkumpul untuk aktiviti 'berkelah'..bukan berkelah tepi laut tapi di makmal sains..masing2 pakat2 masak..makan sama2..ada yang masak pulut,buat laksa,bawak ikan pekasam,kuih tepung talam,nasi impit kuah kacang..macam2 ada..seronok sangat..ini sajalah caranya untuk mengeratkan ukhwah di antara kami guru2..Yang seronok lagi,guru besar (Pn Rohimah) pun join jugak..beliau tak ketinggalan bawak pulut ikan kering....Dah kenyang makan,lebih boleh 'tapau' lagi..Nanti kita buat 'berkelah' lagi no!!!!

Sunday, March 29, 2009

TAHNIAH!


Wajah ceria bakal Johan Hafazan Peringkat Daerah KMY


Adik Muhd Qusyairi menerima hadiah daripada
Tn Hj Ismail b Shaidan (Pegawai Pelajaran daerah KMY)

28.03.09-Tahniah kepada Adi Muhd Qusyairi b Mohd Azman,pelajar Tahun 6 Sekolah Keb Bandar Baru Sg Lalang kerana telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Hafazan dlm Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Yan.

Saturday, February 28, 2009

FAMILY DAY SKBBSL 2008






Baru hari ni berkesempatan nak insert gambar familyday sek hujung tahun lepas.Kamera ada problem.Tengok la wajah-wajah ceria ni..Ada yang dok makan ubi kayu cicah nyok,ayah-ayah &ibu mithali pakat lawan lari..masing-masing teringat zaman muda-muda dulu..yang kecik dok berendam dalam aiq..tak dan dah nak tunggu mak ayah dok pulun lawan lari nu...

Saturday, February 21, 2009

LATIHAN KOMPANG


Jumaat(20.02.09)-Latihan kompang telah diadakan di Bilik Muzik SKBBSL.Dikendalikan oleh saya,Ustazah Khiyarani,dan Ustazah Rabeatul Adawiyyah.Setelah 2 jam latihan,alhamdullilah murid dapat mengikuti latihan dengan jayanya..Latihan akan disambung lagi pada hari Ahad(22hb).Esok Sabtu ustazah2 nak rehat pulak no!!!

Thursday, February 19, 2009

AUDITION PESERTA KOMPANG(MTQ 09)

18.02.09-Selesai sesi persekolahan,aku sempat mengadakan pemilihan murid (ala-ala audition gitu) untuk pertandingan kompang yang akan dipertandingkan pada Majlis Tadarrus Al-Quran (10.03.09) nanti.Aku dan Ustazah Khiyarani sempat memilih 13 orang murid dari Tahun 3P,4P &5P.Selepas ini bermulalah sesi latihan intensif kepada mereka..Tak terbayang lagi apa nak jadi,sebab semua jurulatih yang ada tak berapa nak profesional sangat.

Sunday, February 15, 2009

BENGKEL KOMPANG

Jumaat (13.02.09)-Buat ke sekian kalinya,Panitia Pen Islam SKBBSL aktif menjalankankan aktiviti.Hari ini,atas rasa keperluan ahli panitia untuk menimba kemahiran berkompang ini,bengkel diadakan.Apa yang membuat kami terharu adalah kerana bengkel ini telah dikendalikan sendiri oleh PK KK kami-Cikgu Zakaria b Harun.Kami terpaksa memilih hari Jumaat untuk menjalankan bengkel ini kerana hanya ini saja masa yang kami ada.Esok Sabtu KBS Tahun 1 pulak.Antara paluan yang kami pelajari adalah kompang Masri,Inai dan Kahwin.Boleh dikatakan semua peserta nampak bersungguh-sungguh menguasai kemahiran ini.Melalu...menyelang..meningkah...semua kami pulun.Harap kemahiran ini tidak akan terhenti di bengkel ini sahaja.Yang pasti,akan kami sampaikan kemahiran ini untuk anak didik kami pula..Turut hadir penyelia petang,Pn Ruzita,Cikgu Noriza dan Cikgu Sakdah,yang sama-sama turut berminat menyertai kami.Shukran Cikgu Zakaria!!!
  • Hari ini jugak suami bertolak ke Batu Pahat,Johor kerana dihantar bertugas di sana hingga 15hb (Ahad).Selamat jalan dan selamat bertugas.

Tuesday, February 10, 2009

Pencerapan P&P Bahasa Arab

10.02.09-Hari ini,waktu P&P aku telah dipantau oleh Cikgu Zakaria b Harun (PK KOKU).Seperti biasa,bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan untuk mencerap guru-guru.Bukan bertujuan mencari kelemahan guru sewaktu mengajar,tetapi bagi memastikan pedagogi yang telah lama dipelajari sentiasa disemadi..Alamak..getar pulak Cikgu Ya nak masuk kelas..Menarikkah P&P yang aku rancang pada hari ini?Murid-murid respon ka waktu aku mengajaq sat gi?Macam-macam soalan yang berlegar dalam fikiranku..tapi kenapa mesti aku getar..kenapa kecut perut ni...selama ni pun memang semua kerja kita sentiasa dipantau..dicerap..oleh siapa?Oleh yang mencipta kita ..Allah SWT.Sepatutnya setiap hari dalam kehidupan kita,kita patut takut..getar..kerana Allah sentiasa memerhatikan kita...Sudah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa bersedia...demi menghadapi ujian Yang Maha Esa..
Bagus jugak dapat PK yang rajin jenguk anak buah ni..Semoga kerjabuat kita sentiasa cemerlang,bukan hanya di mata manusia tapi yang penting di sisi Allah SWT.

Tuesday, February 3, 2009

BENGKEL PEMBINAAN BBM (Mural)

31.01.09-Sabtu berikutnya kami ahli Panitia Pendidikan Islam SKBBSL telah merancang satu bengkel pembinaan mural yang akan kami paparkan di sekitar kawasan sekolah kami.Bengkel ini telah dikelolakan Ustaz Khairul Anuar b Abu Bakar (j-QAF).Alhamdulillah semua keluarga Pen Islam kami dapat menghadirkan diri,kecuali Ustzh Siti Aishah yang terpaksa mengikuti kelas OUM.Hasilnya ,kami berjaya menghasilkan 12 keping mural yang akan kami paparkan di kawasan2 yang bersesuaian sebagai salah satu cara pendidikan 'ghairu mubasyarah'..Selesai berbengkel,kami bersepakat untuk terus menziarah rakan sejawat kami Pn Sheila Devi yang sedang berpantang anak sulung di Bandar Perdana.Terlanjur kami di sana ustzh Nora'ini mengajak kami semua menjamu selera makan tengahari di rumahnya.Begitulah rutin kami,saling ziarah-menziarahi..ukhwah jadi erat lagi.Lepas ni nak pi rumah sapa pulak no?Tunggu...:)

PENYELARASAN PENGGUNAAN MASHAF AL-QURAN

30.01.09-Jumaat lepas,kami warga j-QAF bersepakat untuk hadir ke sekolah bagi menyusun semula mashaf2 Al-Quran di sekolah kami,SKBBSL untuk penggunaannya yang lebih sistematik yang lancar.Tujuan kami cuma satu,agar semua murid selesa sewaktu menjalankan P&P Al-Quran.Alhamdulillah,semua yang rancang berjalan lancar.Kepada guru-guru yang hadir Jazakumullah diucapkan.Antaranya,ustzh Hilwi(Ketua Unit Al-Quran 2009),ustzh Rabiyatul Adawiyah,ustzh Nor Hannah,ustzh Nor 'aini,ustaz Khairul Anuar dan saya sendiri..Dalam kami sibuk menyusun Al-Quran,seorang guru yang hadir untuk tuisyen SBT menegur kami,"Hangpa mai buat pa cuti2 ni?Kami mai dapat dapat duit.Hangpa?"sambil tergelak.Serentak saya dari tingkat 2 dan ustaz Khairul Anuar di tingkat 1 menjawab"Kami dapat pahala.."pakat gelak...Bukan wang ringgit yang kami harapkan,tak terlintas pun..Yang diharap hanya usaha2 kami ini akan membuahkan hasil kepada anak didik kami.Amin Ya Rabbal A'lamin...