Showing posts with label USRATI. Show all posts
Showing posts with label USRATI. Show all posts

Sunday, November 29, 2009

Muzium





Kebetulan ada kat KL,ajak Abi & Nafiz ke Muzium yang tak pernah ada peluang ke sana. Penulis pun pi masa kecik-kecik dulu ja..masa kami sekeluarga menetap di Sg Buluh..mai muzium ni teringat arwah Ayah Id..dia yang bawa kami sekeluarga ke sini..Nafiz seronok sakan..kebetulan time ni ada aktiviti 'Permainan Tradisional'..dapat la Nafiz try kasut tempurung ,permainan ummi ngan abi dia dulu-dulu...

Malam Tautan Kasih Grimis 2009




Kami sekeluarga bertolak ke KL pada pagi Sabtu-7.00 pg (dr Grik,rumah adik ipar) untuk menghadiri program Malam Tautan Kasih anjuran K.Nik Haslina (advisor Grimis-Matrik UIA).Semua yg berkumpul bermula dr batch abang Ja (1995-1996) hingga ke batch 2007-2008. Penulis sendiri adalah dr batch 1996-1997.Walaupun ramai yang tidak dpt menghadirkan diri,kami yang hadir tetap seronok kerana dapat jugak berjumpa dengan kawan-kawan lama yang dah terpisah sejak 2002 lagi.Kumpulan In-Team & Saujana(yg sebilangan anggota Grimis) dijemput bagi memeriahkan lagi program pada malam itu.Selain menjamu selera,masing-masing pakat dpt hadiah yang disediakan oleh k.Nik dan crew2nya.Terima kasih buat K.Nik sekeluarga yang tlh bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.Semoga Tautan Kasih di antara kita semua kan terus berkekalan...

Monday, October 26, 2009

Santai




Nafiz beriya-iya nak pi fun fair di Tmn Ria Jaya. Nafiz boleh main permainan yang 'terpilih' sahaja..Sebelum ni,takut-takut jugak,tapi kali ni dah ada perubahan sikit..koi koi berani dah nak cuba permainan yang agak challenging..

Tuesday, June 9, 2009

Ziarah Langkawi




06.06.09(Sabtu)-Cuti kali ni bawak usrati gi langkawi..masuk Water World,naik boat pi Tasik Dayang Bunting,Pulau Singa Besar(Eagle Feeding),Mandi kat Pantai Basah.Check in kat Bella Vista Hotel.Esoknya,Naik Cable Car dan shopping sikit2..

Monday, May 18, 2009

Mei 2009

Bila baca coretan akhi Mizi tentang tarikh2 penting bulan Mei ni..aku setuju sangat..aku sendiri,banyak benda yg berlaku bulan ni..
7 Mei-Birthday bapa mertuaku..Selamat Hari Jadi yang ke 56 ayah..Kesian kat ayah dok berangan nak pencen bulan ni tp atas ketentuanNYA kena lajak lagi 4 bulan.

9 Mei-Birthday kakak aku K.IDA..Dapat hadiah sakan tahun ni no!!Bilik baru..almari baru..Tarikh yang sama..hari lahir Arwah ayahku Hj Said b Ahmad..kalau ayah ada ni kali ke 60 ayah dilahirkan!!Namun ketentuan Ilahi,ayah pergi lebih awal..5 tahun yang lalu..seusia anakku Nafiz..Al-Fatihah untuk ayah.

10 Mei-Selamat Hari Ibu buat Bonda Rokiah dan Bonda Habesah..Kaulah ratu hatiku..
Nafiz pun tak ketinggalan buat ucapan untukku..


15 Mei-Buat kali pertama aku sebagai Ibu ke sekolah tadika anakku utk tandatangan Rekod Peperiksaan di sekolanya.Pengalaman baru buat aku dan suami..Tahniah anakku Nafiz..Nafiz dapat no.1 /20 yg lain.Tak sangka pulak,anak ummi pandai jwb peksa. Semoga kejayaan pertama Nafiz ini akan membuatkan ummi & Abi bertambah semangat untuk terus mendidik Nafiz..Terus cemerlang!

16 Mei-Hari Guru.Dirai pada 17 Mei..Dapat byk hadiah dari murid-muridku..Shukran!
Aku dapat Anugerah Khas Tahun ni..Buku Ringkasan Terbaik..Semua baik sebenarnya..tapi rezeki aku kot tahun nie..Cikgu Mat jangan marah sbb tahun lepas dia yang dapat..tahun ni turn aku pulak.
Lepas Majlis di sekolah,semua guru dirai di Permaipura Golf Country Club.



Semoga bulan berikutnya akan lebih produktif!

Sunday, March 29, 2009

HARI JADI MAK MERTUA


Nafiz Rai birthday mak tok


Bersama mak mertua tersayang

27.03.09-Esok birthday Mak Mertua aku..mak mah..Disebabkan esok tak dak masa nak sambut,anak menantu pakat sibuk,kami raikan malam ni jugak..Bawak mak pi beli hadiah..Senang ja..pilih apa yang mak nak..Selesai beli hadiah,kami sekeluarga pi menjamu selera... Selamat Hari Jadi Mak..Semoga sihat selalu,dan sentiasa hidup dalam keberkatanNya.Amin..

Friday, March 27, 2009

Rajin Anakku Rajin...


Nafiz tengah buat 'homework'..

Balik sekolah katanya:"Ummi,Teacher bagi two books!".Fahamlah kita..maknanya ada la kerja rumah yang kena dibereskan tu!
Alhamdullilah..setakat ni nampak tu rajin lagi la dok buat kerja rumah..Harapan Abi & Ummi..kekal macam ni sampai besar tau!!!Nama pun Nafiz kan!!!Semua nak buat..Kalau tak sempurna kerja buat dia..Mula nak bebai..Ummi nak tolong tak bagi..Nafiz!Nafiz!

Wednesday, March 18, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA(SAJIDAH)

17.03.09-Telah berlangsung majlis perkahwinan anak saudara Sajidah dengan pasangannya(ogre kelate).Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Tahniah..Ngah doakan semoga berbahgia hingga akhirnya...Maaf la Ngah tak boleh ikut pi walimah kat kelantan.

Monday, March 9, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ZUL FADZLI




07.03.09-Kami sekeluarga telah mengadakan majlis pertunangan adik ipar bongsu di teratak sebelah perempuan di Kuala Perlis.Tahniah...jgn tangguh lama2.Kami semua lapar nasi kenduri dah ni..

Tuesday, February 3, 2009

Ulangtahun Perkahwinan ke 6

02.02.09-Hari ini genaplah 6 tahun usia perkahwinanku bersama suami tersayang.Awal pagi lagi(on the way ke tempat kerja),suamiku mengirim sms-ucap selamat ulangtahun.Tersenyum aku sorang-sorang,syukur ingat kan dah lupa!!!Semoga semakin bertambahnya usia ikatan ini,semakin mematangkan diri kita..Aktiviti wajib,balik kerja abang kata"Jom..pi celebrate kat Pizza Hut"..Apa lagi...jalan..Alhamdulillah.

Wednesday, January 7, 2009

Selamat Hari Lahir Ke 31...


03.01.09..Selamat Hari LAhir ke 31 buat suamiku tersayang..alhamdulillah..usiamu masih dipanjangkan..Amin.Doa Nafiz dan Ummi moga Abi akan sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam penuh kerahmatan..Amin..Semoga hadiah tak seberapa itu dapat menceriakan hari lahir Abi..

Thursday, December 18, 2008

Cuti Akhir Tahun 2008 Yang Ku Lalui...

Cuti kali ini banyak ku isi dengan aktiviti2 kerja rumahku...macam2 di fikirkan..semua nak buat..tapi ku cuba buat apa yang termampu sahaja...
Suamiku bukan cikgu,jadi x boleh la nak cuti yak ye yak ye sangat..nasib baik ada permata hati yang x kering gusi aku layan..macam2 idea baru yang ditonjolkan..Semoga anak ini menjadi anak soleh anak cemerlang buat kami suami isteri.
Cuti..cuti..cuti..banyak kenduri kahwin cuba kami hadiri..sekadar termampu..Tahniah kepada yang berjaya mendirikan rumah tangga..biarlah ikatan sah yang terjalin...berkekalan dan sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T.
  • 25 Nov 08-Anak saudaraku Muhammad Hafizi selamat dikhatankan..Syok sakan dia sebab dapat byk ongkos...kami pakat dok jet srh belanja kami..saja nak tgk..hampeh..kedekut pahit!
  • Suami outstation kat Ipoh..kami anak beranak mengekor la...x kemana pun..lepak dlm bilik hotel Impiana Casuarina ja..ada swimming pool dah ok la..nafiz berenang sakan...Mlm,round pekan Ipoh.3 hari kat sana..
  • 02 Dis 08-Mula bertugas di sekolah.Kwn lain geng jQAF jugak-Rodzoh,Iman & Hannah.Sheila tdk boleh mai dah..dok menunggu hari mendapat cahaya mata pertama..
  • 08 Dis 08-Aidul Adha.Buat pertama kali aku beraya di rumah mertua di Kupang..Jgn salah faham,bkn x pernah balik raya dgn mertua tp keluarga suami selalu balik raya di kg halaman kat Bakar Arang. Pak Ngah Halim& Pak su Haris sekeluarga mai beraya di rumah mak.Reyuh sakan la..Petang raya balik Jitra pulak..
  • 09 Dis 08-Balik ke teratak kami di Amanjaya.Mak&Keluarga Kak Ida ikut sekali.Bwk anak2 mai bercuti di Sg petani.
  • 11 Dis 08-Dah lama Nafiz dok tanya bila nak pi Carnival kat Cinta Sayang..bl ada sepupu2 ni,km pun pkt pi..Seronok sungguh depa main aiq..aku pun x lepas peluang naik ...dah bayaq mahal,rugi la tak ambik peluang keemasan ini..berani jugak aku rupanya..tp lepas ni klu disuruh naik,kena timbang2 dulu.KECUT PERUT JGK..!!!
  • 12 Dis 08-Masih tak mandi di Carnival,pakat ajak pi Bukit Hijau pulak..aiq sejuk gedi..Nafiz main sikit ja..kaki pijak aiq dah terketaq2..
  • 13 Dis 08-Hantaq mak balik Jitra.Singgah Kg Paya ,rumah Mak Zah(mak mertua Jat).
  • 16 Dis 08-Menghadiri Mesyuarat Guru Kali 1 2009.Aku kekal ditugaskan sebagai SU Mesyuarat Guru utk sesi 2009.Petang balik Kupang,rumah mertua.Malam,bersama adik ipar lepas maghrib,pi Lenggong,mandi aiq panas..Nafiz pulun lagi buat sekian kalinya...Nak jadi Ahli Renang kot..berani sungguh menyelam..sampai tak mau balik.3 hari di sana..

Cuti sungguh kali ni..Lepas ni,kena tengok balik la kat kerja2 yang perlu dibuat menjelang buka sekolah nanti..Rancangan mengajar 2009 mesti siap di minggu pertama persekolahan..Buat,jangan tak buat..