Saturday, February 28, 2009

KBS FASA 1 TAHUN 2&3 2009 & Latihan Kompang





28.02.09-Hari ini Panitia Pendidikan Islam(Program j-QAF)SKBBSL telah berjaya melaksanakan KBS untuk Tahun 2&3.Program berjalan dengan lancar hasil bantuan GPI dan guru-guru yang lain.Rasa terharu dengan kehadiran guru-guru yang rela mengorbankan cuti hujung minggu untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan bagi melahirkan anak didik yang bukan sahaja cemerlang di dalam akademik,malah urusan ukhrawi..itu yang UTAMA..Moga Allah saja yang mampu membalas usaha gigih kalian semua..Shukran..Anak-anak,rebutlah peluang ini..Ustazah zaman sekolah dulu tak dak pun cikgu nak ajaq solat macam yg kalian dapat waktu ini.Alhamdulillah..
Tamat kem,aktiviti diteruskan dengan latihan kompang bersama murid sehingga jam 3 petang.Latihan hari ini agak memberansangkan.
Sebelah petang,selepas rehat sekejap ala-ala kadar,ke pekan SP dgn suami untuk membeli barang persiapan majlis Pertungan adik ipar yang bongsu yang akan dilansungkan pada Sabtu depan.

FAMILY DAY SKBBSL 2008






Baru hari ni berkesempatan nak insert gambar familyday sek hujung tahun lepas.Kamera ada problem.Tengok la wajah-wajah ceria ni..Ada yang dok makan ubi kayu cicah nyok,ayah-ayah &ibu mithali pakat lawan lari..masing-masing teringat zaman muda-muda dulu..yang kecik dok berendam dalam aiq..tak dan dah nak tunggu mak ayah dok pulun lawan lari nu...

Thursday, February 26, 2009

SEDEKAH ISTERI PADA SUAMI,ANAK-ANAK DAN KELUARGANYA


Sabda Rasulullah SAW:"Suamimu dan anak-anakmu adalah orang yang lebih dekat engkau beri sedekah daripada mereka yang lain-lain".
Para ahli Fiqh berbeza pendapat tentang masalah ini.Berdasarkan mazhab Syafi'i dan dua sahabat Abu Hanifah,dibolehkann seorang isteri memberikan sedekah(zakat) hartanya kepada suami dan kepada anak-anaknya,jika mereka tergolong kepada orang-orang yang berhak menerimanya.Malah,zakat kepada mereka akan mendapat lebih pahala daripada memberikannya kepada orang lain.

Namun bagi seorang lelaki,dia tidak boleh memberiksn zakatnya kepada bapanya sendiri,kepada pakcik,ibu,nenek,anak lelaki,anak perempuan dan cucu-cucunya.Kerana semua yang disebutkan itu adalah orang-orang yang wajib diberi nafkah oleh lelaki tersebut.Sekiranya lelaki tersebut memberikan juga zakatnya kepada mereka,beerti dia menarik suatu keuntungan untuk diri peribadinya dengan memberhentikan kewajipan memberikan nafkah yang menjadi beban peribadinya.