Wednesday, March 18, 2009

Mesyuarat Pameran "Hari Bersama Pelanggan"

17.03.09-Semalam dapat mesej dari Pengerusi j-QAF,ustaz Amir meminta semua JK j-QAF Daerah KMY menghadiri satu mesyuarat tergempar..Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Jamal Abdullah Nasir.Beliau memaklumkan bahawa pada 21&22 Mac ni akan diadakan satu pameran "Hari Bersama Pelanggan" yang akan diadakan di Tapak Pesta Taman Ria Jaya.
Kami telah ditugaskan untuk menyediakan bahan2 yang perlu untuk dipamerkan di pameran tersebut mewakili Sektor Pembangunan Pen Islam,JPN Kedah.Memandangkan kekangan masa yang tidak mengizinkan,aku bersama Makcik Shatirah dan Faezah bersepakat untuk menyelesaikan tugas yang diberikan pada hari ini juga.Setelah mendapat gambar-gambar yang berkaitan untuk dipamerkan dari Ustaz Alang(pengantin baru),kami terus ke kedai gambar(cuci gambar).Sambil menunggu gambar dicuci,kami ke CAMPAP untuk membeli keperluan lain.Selesai disitu,kami bersepakat untuk melaksanakan kerja tersebut di SK Khir Johari.Alhamdullilah,tepat jam 4 petang,kerja kami selesai.Aku bawa balik bahan ke rumah untuk disempurnakan sedikit lagi.Esok siap bahan aku nak pi serah kat Ustazah Shatirah di Tikam Batu.

No comments:

Post a Comment