Friday, July 31, 2009
Bengkel Perkusi Nasyid
28-30 Jul 2009,aku diminta menghadiri kursus perkusi anjuran JPN.Mula tu,berat hati jugak nak pi,cari org minta ganti..sapa pun tak mau.Dok harap la di kalangan ustaz2 ni pi belajar kemahiran tu,tp apakan daya..last2 aku jugak..
Kursus ini adalah merupakan siri 11(PKG Padang Serai),siri 1 telah diadakan di Bukit Pinang.
Guru2 GPI yang terlibat adalah dari daerah Kulim Bandar Baru,Kuala Muda Yan,Pendang dan Balin Sik.
Peserta yang hadir 26 orang sahaja.7 daripadanya adalah kami barisan guru2 perempuan.Sepatutnya ramai lagi tapi entah la..takut kot..
Tenaga pengajar dijemput khas dari IPSAH;Cikgu Pakhrudin Mokhtar (dikenali dengan cikgu PAM)dan Cikgu Nazli Abdullah.
Antara irama yang diajar ialah Masri,Inang,Zapin,Mac,Cha Cha,Beguine,Dangdut,Waltz dan banyak lagi...
Setelah 3 hari dok belajaq ketuk kompang,pada Majlis Penutup,kami diminta membuat persembahan mengikut daerah masing-masing..Alhamdulillah,persembahan KMY antara yang menarik perhatian ramai..tp bkn sebab aku pun..pakar2 KMY pakat ada..
(Ustaz Rosni(SK Tmn Intan),Ustaz Fadzil(SK Khir Johari),Ustaz Firdaus(SK Sg Lalang),Ustaz Saifudin(SMK Che Tom),Ustzh Azimah (SK Simpor)dan aku sendiri..
Walaupun tak tara mana,dapat la juga sedikit ilmu yang blh dikongsi dengan anak2 di sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment