Friday, October 23, 2009

Mesyuarat JK j-QAF Daerah KMY


22 Okt 2009-Sebelum mesyuarat diadakan pada sebelah petangnya..sesi pagi telah diadakan slot pengumpulan data e-Pelaporan Sekolah-sekolah KMY.Hampir 70% data dapat dikumpulkan,bakinya masih dalam proses.Sekolah i la tu..ada lagi yg perlu diperbaiki..rasa mcm nak demam pulak..ingat kan dah selesai.Tapi tak apa,ramai kaki tangan yg akan membantu.
Mesyuarat di sebelah petang pula membincangkan hal MKQ peringkat daerah yang sepatutnya akan diadakan pada 31 Oct ni(Sabtu).Barisan JK terpaksa menukar tarikh tersebut kerana ramai yg terlibat dengan peperiksaan PTK.Tarikh lain yang dicadangkan ialah pada 2 Oct(Isnin),namun ianya perlu dibincangkan di pihak PPD. Majlis ini akan diadakan di SK Jeniang. Pembahagian tugas telah dibuat sendiri oleh Pengerusi iaitu Ustaz Amir Nason.Alhamdulillah,bahagian pendaftaran peserta diamanahkan untuk 'hambo' dan ustazah Faezah (SK Khir Johari).Selamat menjalankan tugas buat semua..kita jumpa nanti di SK Jeniang.

No comments:

Post a Comment