Friday, October 23, 2009

Mesyuarat JK j-QAF Daerah KMY


22 Okt 2009-Sebelum mesyuarat diadakan pada sebelah petangnya..sesi pagi telah diadakan slot pengumpulan data e-Pelaporan Sekolah-sekolah KMY.Hampir 70% data dapat dikumpulkan,bakinya masih dalam proses.Sekolah i la tu..ada lagi yg perlu diperbaiki..rasa mcm nak demam pulak..ingat kan dah selesai.Tapi tak apa,ramai kaki tangan yg akan membantu.
Mesyuarat di sebelah petang pula membincangkan hal MKQ peringkat daerah yang sepatutnya akan diadakan pada 31 Oct ni(Sabtu).Barisan JK terpaksa menukar tarikh tersebut kerana ramai yg terlibat dengan peperiksaan PTK.Tarikh lain yang dicadangkan ialah pada 2 Oct(Isnin),namun ianya perlu dibincangkan di pihak PPD. Majlis ini akan diadakan di SK Jeniang. Pembahagian tugas telah dibuat sendiri oleh Pengerusi iaitu Ustaz Amir Nason.Alhamdulillah,bahagian pendaftaran peserta diamanahkan untuk 'hambo' dan ustazah Faezah (SK Khir Johari).Selamat menjalankan tugas buat semua..kita jumpa nanti di SK Jeniang.

Monday, October 12, 2009

Kem Literasi & Kem Bestari Solat Fasa 4 ,2009


11-15 Oktober 2009-Kem Literasi Al-Quran sedang berjalan dengan jayanya,hasil kerja keras guru-guru j-QAF SKBBSL.Kem ini dilaksanakan selama 3 hari bermula Ahad-Selasa.Atas kerjasama Guru Besar,KBS dapat kami laksanakan dalam waktu P&P.Ini adalah disebabkan kekakangan masa yang tak mengizinkan kami untuk dijalankan pada masa cuti.(Tgh sibuk latihan rumah sukan)Alhamdulillah,aktiviti j-QAF telah sampai ke penghujungnya bagi tahun 2009.Selepas ni,nak isi data pulak,20/10 ni dah nak kena submitt.Pulun jangan tak pulun !Kali ni terasa jugak getirnya,sebab apa...sebab dalam dok kalut ni..ada beberapa guru j-QAF yang telah cuti berpantang..di samping ada yang ke jinjang pelamin..InsyaAllah,perjuangan mesti diteruskan..

Sunday, October 4, 2009

KEM AQIL BALIGH TAHUN 6


Minggu ini,semua kami guru Pendidikan Islam terlibat dengan Kem Aqil Baligh untuk murid Tahun 6.Bermula 4 Oct-8 Oct 2009.Seperti kem yang lain,fokus kem adalah:
a)Wudhuk
b)Rukun Solat
c)Solat Jenazah
d)Tayammum
e)Mandi wajib

Dalam masa yang sama,semua guru sudah mula mensibukkan diri di padang untuk Sukaneka sekolah yang bakal diadakan pada 12 Nov nanti.
Bagi murid jQAF tahun 4&5 pula,Ujian Lisan Bahasa Arab akan diadakan dalam masa terdekat ini.Harap semua dapat bersiap sedia..