Sunday, February 15, 2009

BENGKEL KOMPANG

Jumaat (13.02.09)-Buat ke sekian kalinya,Panitia Pen Islam SKBBSL aktif menjalankankan aktiviti.Hari ini,atas rasa keperluan ahli panitia untuk menimba kemahiran berkompang ini,bengkel diadakan.Apa yang membuat kami terharu adalah kerana bengkel ini telah dikendalikan sendiri oleh PK KK kami-Cikgu Zakaria b Harun.Kami terpaksa memilih hari Jumaat untuk menjalankan bengkel ini kerana hanya ini saja masa yang kami ada.Esok Sabtu KBS Tahun 1 pulak.Antara paluan yang kami pelajari adalah kompang Masri,Inai dan Kahwin.Boleh dikatakan semua peserta nampak bersungguh-sungguh menguasai kemahiran ini.Melalu...menyelang..meningkah...semua kami pulun.Harap kemahiran ini tidak akan terhenti di bengkel ini sahaja.Yang pasti,akan kami sampaikan kemahiran ini untuk anak didik kami pula..Turut hadir penyelia petang,Pn Ruzita,Cikgu Noriza dan Cikgu Sakdah,yang sama-sama turut berminat menyertai kami.Shukran Cikgu Zakaria!!!
  • Hari ini jugak suami bertolak ke Batu Pahat,Johor kerana dihantar bertugas di sana hingga 15hb (Ahad).Selamat jalan dan selamat bertugas.

No comments:

Post a Comment