Sunday, February 15, 2009

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 FASA 1/2009


Sabtu(14.02.09)-Seperti yang dirancang,hari ini kami telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid Tahun 1( fasa 1).Mengikut perancangan,pendaftaran murid bermula jam 7.30pagi.Namun sesampainya aku di sekolah 7.10 pg,sudah ramai ibubapa/waris dan murid sudah mula berkumpul.Dari raut wajah murid menampakkan kesungguhan mereka untuk hadir ke kem ini.Kem kali ini melibatkan semua fasilitator dari guru-guru GPI sendiri iaitu seramai 25 orang.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti riadah,LDK (teori wudhuk,amali wudhuk,bacaan niat dalam solat) serta praktikal perbuatan dalam solat.Secara peribadi,perjalanan kem kali ini nampak lebih tersusun dan terancang.Semoga kesilapan dan kelemahan pada kem kali ini akan diperbaiki pada kem yang akan datang(Sabtu-28.02.09:Murid Tahun 2&3).
  • Selesai kem,post morterm terus diadakan di kalangan fasi untuk laporan & komen kem pada hari ini.

No comments:

Post a Comment