10.02.09-Hari ini,waktu P&P aku telah dipantau oleh Cikgu Zakaria b Harun (PK KOKU).Seperti biasa,bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan untuk mencerap guru-guru.Bukan bertujuan mencari kelemahan guru sewaktu mengajar,tetapi bagi memastikan pedagogi yang telah lama dipelajari sentiasa disemadi..Alamak..getar pulak Cikgu Ya nak masuk kelas..Menarikkah P&P yang aku rancang pada hari ini?Murid-murid respon ka waktu aku mengajaq sat gi?Macam-macam soalan yang berlegar dalam fikiranku..tapi kenapa mesti aku getar..kenapa kecut perut ni...selama ni pun memang semua kerja kita sentiasa dipantau..dicerap..oleh siapa?Oleh yang mencipta kita ..Allah SWT.Sepatutnya setiap hari dalam kehidupan kita,kita patut takut..getar..kerana Allah sentiasa memerhatikan kita...Sudah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa bersedia...demi menghadapi ujian Yang Maha Esa..
Bagus jugak dapat PK yang rajin jenguk anak buah ni..Semoga kerjabuat kita sentiasa cemerlang,bukan hanya di mata manusia tapi yang penting di sisi Allah SWT.
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment